Wanita perlu mengambil sikap prihatin tentang penjagaan tubuh , lebih – lebih lagi rahim kerana ianya adalah salah satu organ penting dalam tubuh badan wanita.
Janganlah sesekali mengambil mudah aspek penjagaan rahim kerana ia boleh menyebabkan tubuh mengalami masalah rahim yang serius seperti prolaps atau rahim jatuh dan jika ini terjadi tubuh akan mengalami kesakitan yang amat sangat dan rahim perlu diibuang.
Perkara ini bukan sahaja melibatkan ibu yang sudah berkahwin tetapi wanita yang masih belum berkahwin juga tidak terkecuali mengalami masalah ini.
Pap sear dilakukan untuk mengesan sel abnormal di pangkal rahim sebelum barah terbentuk dan kebanyaakan pesakit tidak mempunyai gejala awal barah rahim sehnggalah barah telah merebak pada tisu dan organ lain.
Beberapa tanda yang boleh dikenalpasti berkenaan penyakit ini :

1. Tumit sering sakit berdenyut dan menyucuk-nyucuk secara tiba-tiba. Rasa ini lebih kerap belaku apabila banyak berjalan, berdiri atau angkat benda berat serta beban pada perut.
2. Rasa sengal-sengal dan bisa-bisa urat pada tapak kaki. Sering merasa kejang dan menyucuk sekitar tapak kaki.
3. Sering sakit di sekeliling pinggang hingga ke papan punggung dan ke atas urat belikat. Sakit pinggang ini lebih kurang seperti lenguh dan rasa senggugut tapi ia berlaku di luar waktu datang bulan.
4. Sakit pada bahagian bawah perut hingga ke pangkal peha. Rasa sengal dan lenguh pada pangkal paha hingga merebak ke lutut.
5. Mudah terkencing apabila bersin, batuk atau ketawa. Mudah juga dijangkiti dengan penyakit kencing kotor serta rasa ngilu sakit ketika buang air kecil.
6. Sukar melakukan hubungan suami isteri dan sering kerana merasa sakit pada bahagian ari-ari setiap kali bersetubuh. Perkara ini juga boleh merosakkan hubungan suami isteri.
7. Sering mengalami kentut vagina. Maknanya, rahim bermasalah dan vagina kembang.
8. Badan berangin dan sering kembung perut. Badan mudah masuk angin, dan perut menyucuk akibat angin dalam rahim dan perut.
9. Vagina berair dan berbau. Berlaku keputihan luar biasa dan salah satu tanda peranakan kembang.
Segeralah berjumpa doktor jika terdapat gejala seperti diatas agar barah rahim dapat diatasi dengan lebih awal agar tidak menderita di kemudian hari.