Home » Gosip Artis Malaysia » 8 Tahun Perkahwinan Tanpa Zuriat ,Siti Elizad Redho Dengan Keputusan Suami

8 Tahun Perkahwinan Tanpa Zuriat ,Siti Elizad Redho Dengan Keputusan Suami

Setelah 8 tahun mendirikan rumahtangga bersama suami tercinta, pelakon dan juga penyampai radio  popular ,Siti Elizad berkata dia dan suami iaitu Shamsul Baharin Rahman masih bersabar menanti kehadiran cahaya mata sulung mereka.

Bersempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka pada Selasa lalu, Elizad atau nama sebenar Siti Elizad Sharifuddin, 37, menjelaskan bahawa dirinya dan suami tidak mahu lagi terlalu berharap kerana percaya Allah SWT sudah mengaturkan yang terbaik kepada semua hambanya.

Dia bersyukur kerana mempunyai suami yang memahami dan sentiasa memberikan sokongan. Suaminya menyatakan bahawa tidak mahu terlalu mendesak isterinya dan redho jika tidak mempunyai zuriat bersama Elizad kerana tidak mahu isterinya mengalami tekanan akibat daripada perkara itu

“InsyaAllah tahun ni rasanya akan cuba lagi. Kalau tak ada juga kami reda sahaja la dan enjoy hidup berdua”katanya.

Mengakui dirinya tertekan apabila sudah bertahun mencuba dan masih belum mampu memilik anaknya sendiri.

“Stres juga setiap tahun mencuba tapi masih belum menjadi, jadi saya malas dah nak fikir, lagi pula umur pun dah meningkat tak nak la stres-stres, nak tenang-tenang sahaja.

“Cuma kadang-kadang bila orang push tentang anak, tu yang rasa geram sangat, kalau buat anak ni macam mesin tak apa juga,” ujarnya lagi.

Dalam hantarannya , Elizad menerusi Instagram memuat naik ucapan sambutan ulang tahun perkahwinan kelapan mereka yang menyentuh hati.

Menerusi kapsyen, Elizad  memohon agar orang ramai mendoakan rezeki agar dikurniakan cahaya mata dalam perkahwinan dan sentiasa bahagia till jannah

“Selamat ulang tahun perkahwinan sayangku (suami). Saya tak ada ucapan panjang-panjang untuk awak.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

“Sebab setiap kali ulang tahun perkahwinan mesti saya akan cakap… InsyaAllah anniversary tahun depan mesti kita bertiga. Rasanya dah boleh tukar dialog tu. Lapan tahun menanti.

“InsyaAllah berlapang dada, reda dan pasrah. Percaturan Allah itu lebih baik. Happy anniversary dan happy honeymoon forever. Hanya kami berdua, doakan kami ya semua,” katanya.

Melalui perkongsian Elizad , turut menarik perhatian para netizen termasuklah rakan artis yang rata-rata mendoakan agar dia dikurniakan zuriat dalam masa terdekat dan sentiasa sabar menanti kerana bahagia itu pasti.

Dia yang mempunyai hobi bermotor besar mengakui banyak masa terluang bersama suami dan masih bahagia dengan kehidupan yang sebegitu malah suaminya tidak terlalu mendesak supaya memiliki zuriat.

Disamping itu, Elizad pernah menjelaskan bahwa zuriat bukanlah satu isu dalam rumah tangga yang dibina itu kerana suaminya sudah mempunyai dua cahaya mata pada perkahwinan terdahulu.

Dia yang sudah bertahun gigih berusaha dan pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) tetapi mengalami keguguran selepas seminggu disahkan hamil .

Usia 8 Tahun perkahwinan dan masih tidak mampu mendapatkan zuriat malah Elizad pernah bertanya jika suaminya mahu berkahwin lain untuk mendapatkan zuriat namun suaminya menolak kerana sudah mempunyai 2 orang anak hasil  daripada perkahwinan terdahulu.

“Ada juga tanya suami kalau dia nak kahwin lain… tapi dia kata dah ada dua anak sebelum ini, jadi dia tak rasa zuriat ini isu dalam rumah tangga kami,” katanya.

Sekitar bulan November 2020, Elizad pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) untuk mendapatkan zuriat namun mengalami keguguran selepas seminggu disahkan hamil.

Namun selepas kejadian itu , Elizad masih tidak  berputus asa dan terus berikhtiar untuk mendapatkan zuriatnya sendiri dengan pelbagai cara lain yang disarankan oleh rakan artis dan juga netizen yang sememangnya prihatin terhadap dirinya yang begitu sedih apabila ditanya berkenaan zuriat.

Malah usaha yang dilakukan oleh pelakon ini bagi mendapatkan cahaya mata menarik perhatian ramai peminat yang tidak henti-henti memberikan sokongan dan mendoakan semoga impiannya itu terapai pasa suatu hari nanti walaupun sudah berusia kerana rezeki itu milik Allah.

Siti Elizad dan suami mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin pada 11 Januari 2015.

Disclaimers – Bahan yang portalamalaysia kongsikan diatas merupakan tutorial dan ringkasan artikel related dengan “8 Tahun Perkahwinan Tanpa Zuriat ,Siti Elizad Redho Dengan Keputusan Suami” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!