Baru-baru ini terdapat perkongsian tular di media sosial yang mana kejadian melibatkan 7 orang maut, sembilan cedera parah dan tiga orang masih lagi hilang apabila sebuah dinding batu runtuh di atas bot bermotor yang dinaiki pelancong di tenggara Capitolio, Minas Gerais,Brazil .
Dilaporkan bahawa terdapat sebuah menara batu tiba-tiba pecah dari dinding ngarai dan terhempas ke atas beberapa bot yang sedang lalu secara santai di tepian dinding berikut bagi menikmati pemandangan dikawasan berkenaan .
Namun tiba-tiba dinding berkenaan runtuh sehingga menyebabkan ombak besar melanda dan menyebabkan kematian dan kecederaan pada pelancong yang berada di tempat kejadian.
Beberapa orang pelancong yang sempat merakam kejadian tersebut terlihat panik dan takut melihat serpihan bongkah batu pecah menimpa mansa yang terlibat.
Video itu telah disiarkan di media sosial dan telah menunjukkan detik cemas para pelancong menjerit apabila tiang batu itu terhempas ke dalam air dan menghempas bot serta penumpang bot tersebut.
Hujan lebat yang melanda kawasan berkenaan selama hampir dua minggu mungkinmenjadi penyebab runtuhan itu berlaku akibat dari hakisan tanah .
Mendapat laporan berkenaan kejadian tersebut ,pasukan penyelamat dan anggota Tentera Laut Brazil bergegas ke Tasik Furnas di negeri Minas Gerais bagi meyelamatkan mangsa yang terlibat.
“Angka rasmi terkini yang maut ialah tujuh orang dan tiga lagi hilang,” kata jurucakap bomba Minas Gerais, Pedro Aihara.
Beberapa orang lagi mangsa yang tercedera dalam kemalangan itu mengalami patah tulang dan seorang mengalami kecederaan parah di kepala dan muka makala kira-kira 23 yang lain dirawat kerana cedera ringan di hospital berdekatan. Perlancongan bertukar menjadi tragedi apabila perkara itu berlaku dan sangat membimbangkan perlancong lain malah akan lebih berhati-hati apabila memilih destinasi perlancongan dan musim semasa melancong.