Home » Isu Semasa » 7 Disember 2021 Bermula Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia

7 Disember 2021 Bermula Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia

Bagi menstabilkan harga barangan keperluan pada masa ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) berkuat kuasa 7 hingga 31 Disember ini.

Melalui Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, perkara itu bertujuan untuk menstabilkan harga barangan keperluan pada masa ini selain memastikan keberadaan bekalan di pasaran.

Skim ini membabitkan kawalan harga ke atas item tertentu seperti ayam, telur ayam dan beberapa jenis sayur-sayuran.

“Antaranya, ayam hidup, ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya) dan ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal).

“Selain itu telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga 69.9 gram sebiji), telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji) dan telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji).

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

“Turut tersenarai kacang panjang, cili merah, tomato, sawi hijau, kobis Bulat Import (Indonesia dan China tidak termasuk Beijing) dan timun,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Beliau berkata, pada masa sama, pengumuman harga bagi barangan yang terbabit akan dilakukan dalam waktu yang terdekat iaitu ayam dan telur akan dilakukan bermula di peringkat ladang, borong dan runcit.

“Senarai barangan akan dikaji secara berterusan dan akan ditambah atau digugurkan berdasarkan penilaian situasi pasaran.

“Semua pihak di seluruh rantaian bekalan dari kalangan pengeluar, pemborong, pengedar dan penjual dinasihatkan dan diberi amaran akan tindakan tegas diatas kegagalan mematuhi skim ini dan juga bagi barang keperluan pengguna yang lain,” katanya.

Penafian – Bahan yang kami kongsikan dihalaman ini hanyalah panduan tutorial dan rujukan yang related dengan “7 Disember 2021 Bermula Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!