Setel Bakal Tawarkan Perkhidmatan Bantuan Untuk Kenderaan


Setel telah memperkenalkan kemudahan bantuan kenderaan yang membuktikan komitmen mereka untuk terus menginovasi dan tidak lagi terhad kepada pengalaman mengisi petrol sahaja. Namun kini, pengguna Setel di seluruh negara boleh mendapatkan khidmat menukar bateri, jump-start, menukar tayar, bantuan mengisi petrol kecemasan, membuka kenderaan terkunci dan menunda, terus dari aplikasi Setel disokong oleh Bateriku.com sebagai rakan kongsi yang pertama kemudahan ini.

Namun, Ketua Pegawai Eksekutif Setel iaitu Mazlin Erawati Ab Manan juga berkata, Setel bermatlamat untuk menjadi pendamping setia pengguna kenderaan dengan menyediakan ekosistem perkhidmatan mobiliti yang dapat memenuhi pelbagai keperluan mereka. Kemudahan bantuan kenderaan ini menyenangkan pengguna kenderaan dengan akses ke atas pelbagai keperluan di hujung jari mereka.

Setel Bakal Tawarkan Perkhidmatan Bantuan Untuk Kenderaan 2

Sumber: google image

Disamping itu, Usaha sama dengan Bateriku.com ini dapat mempercepatkan usaha pemberian bantuan kepada pengguna Setel yang terkandas, mengurangkan stres yang dialami oleh mereka. Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku.com iaitu Azarol Faizi Zakaria Ansari telahberkata, ini berikutan adalah pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya yang semakin meningkat,dan pihaknya telah bersedia untuk memberikan perkhidmatan.

Pada setakat ini, Bateriku.com sudah mula memberi khidmat kepada hampir satu juta pelanggan yang berada di seluruh negara dan kejayaan ini telah ditunjangi oleh ekosistemnya yang cukup inklusif yang terdiri daripada iaitu juruteknik gig (Bhero), usahawan (BPpreneur), rakan bengkel (BBuddy) dan 130 outlet fizikal Bateriku.com di seluruh negara.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3