4 Lagi Mayat Mangsa Banjir Ditemui Di Telemong , Bentong, Pahang.


Selepas polis menafikan tentang kejadian yang tular menerusi media sosial semalam mengatakan 16 orang hanyut dengan lima daripadanya masih hilang kononnya berlaku di Telemong ,Karak , Pahang. Penafian ini telah membuatkan penduduk di kawasan berkenaan merasa tertipu dan pihak berwajib tidak bertanggungjawab apabila telah menafikan kejadian tersebut di Televisyen dan juga media sosial padahal perkara tersebut telah dipanjangkan di facebook.

Hari ini seorang ahli keluarga mangsa yang menggunakan facebook Amir Daniel pula mendedahkan sebaliknya. Tangkap layar perbualan ahli keluarga yang terbabit juga sudah tular di media sosial untuk membuktikan bahawa kejadian sebenarnya berlaku di atas jambatan tersebut. Bole klik link dibawah untuk melihat perbualan dan juga bagaimana ahli keluarga mangsa berusaha untuk meminta bantuan semasa terkandas.

https://www.facebook.com/amir.daniel.33483/posts/5000805019940321

Krolonogi daripada perbualan tersebut telah menyatakan bahawa kenderaan yang mereka naiki dan yang lain terpaksa berhenti di atas jambatan tersebut kerana air hujan semakin naik dan banjir malah jalan menghala ke depan telah lumpuh dan tidak dapat dilalui oleh semua kenderaan , mereka berniat untuk membuat pusingan untuk mengelakkan banjir tetapi kereta yang mereka naiki berada pada  bahagian paling depan dan jalan bahagian belakang juga telah dinaiki air.

Mereka mencari ikthiar dengan menghubungi pihak yang terlibat untuk mendapatkan bantuan kerana terkandas  dan menunggu pihak bomba dan penyelamat namun usaha menyelamat telah mendapat banyak rintangan apabila banyak pokok tumbang dan tanahruntuh berlaku di jalan ke arah tempah kejadian berlaku.

Kesemua mangsa yang berada di tempat kejadian telah mengambil inisiatif untuk berlindung di atas kereta hilux salah seorang dari mangsa yang berada ditempat kejadian . Seramai 20 orang yang berada di atas kereta tersebut namun 16 orang telah dibawa arus apabila tiba tiba air pasang terjadi dan membawa pergi mangsa yang terlibat .

Kehadiran Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menyelamatkan 10 orang mangsa pada waktu tersebut dan lagi 5 mangsa telah hilang dan 1 mangsa dijumpai telah meninggal dunia ditempat kejadian.

Hari ini, 4 lagi mangsa telah ditemui dan telah meninggal dunia akibat daripada hanyut lalu terperangkap dibawah timbunan kayu beserta tanah yang dibawa air pasang. Ketiga mangsa diuruskan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Chemomoi Pahang oleh penduduk Felda tersebut.

2 orang daripada mangsa yang meninggal dalam kejadian tersebut adalah sebuah keluarga yang dalam perjalanan pulang Ke Felda Chemomoi daripada Kedah dan 1 orang lagi ahli keluarga yang terlibat masih belum dijumpai.

Manakala, 2 orang lagi mangsa yang telah ditemui dan disahkan meninggal dunia ditempat kejadian adalah pasangan ibu dan anak perempuan .

Seorang lagi mangsa adalah warga India dan masih belum diketahui dari mana dan juga dikatakan dalam proses untuk disemadikan.


Melihat kepada video dan gambar yang telah dipaparkan di facebook  rata-rata penduduk dikawasan berkenaan menyatakan banjir besar yang melanda di kawasan ini ada kaitan dengan aktiviti pembalakan secara berleluasa di kawasan terbabit yang mana aktiviti yang berlaku di Sungai Gapoi tersebut ialah aktiviti pembalakan haram dan mencemarkan air Sungai Telemong.

Disclaimers – Semua artikel kami share diatas sekadar tutorial dan ringkasan yang berkaitan dengan “4 Lagi Mayat Mangsa Banjir Ditemui Di Telemong , Bentong, Pahang.” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia