4 Jenis Kategori Yang Layak Buat Pengeluaran KWSP


Permohonan Pengeluaran Khas KWSP edisi kedua atau 2.0 sangat dituntut oleh para pencarum sehingga pelbagai tektik telah dibuat agar pihak kerajaan membenarkan pengeluaran tersebut. Terdapat seorang lelaki yang telah membuat sebuah petisyen untuk mengumpul rakyat yang menyokong pengeluaran KWSP tersebut.

PETISYEN PENGELUARAN KHAS


Petisyen tersebut telah diisi sehingga mendapat 100 ribu yang menandakan jumlah rakyat yang menyokong Pengeluaran Khas tersebut.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada rakyat yang mengatakan bahawa pihak KWSP akan meluluskan Pengeluaran Khas untuk edisi kedua ini.

SKIM PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP

Malah, pihak KWSP juga telah menyediakan beberapa skim pengeluaran yang dibenarkan tetapi mengikut syarat dan kelayakan pencarum sahaja. Ini bermaksud, pengeluaran tersebut tidaklah lagi terbuka sebagaimana Pengeluaran Khas.

KATEGORI YANG DIBENARKAN MEMBUAT PENGELUARAN

Malah, anda memerlukan wang KWSP anda khususnya pada akaun 2, anda boleh dapat sekiranya menepati syarat dan kelayakan anda.Macam-macam jenis kategori yang telah dibenarkan membuat pengeluaran wang KWSP secara bersyarat, ini adalah empat kategori yang umum perlu tahu.

1) PENGELUARAN UNTUK MEMBELI RUMAH

Sekiranya anda berminat untuk memiliki sebuah rumah idaman, malah, pihak KWSP memberi kemudahan kepada pencarum untuk memiliki rumah pertama sama ada melalui.
pembelian rumah lelong
rumah subsale
pembelian Rumah Mesra Rakyat
pembinaan rumah sendiri

2) PENGELUARAN UNTUK PEMBIAYAAN PENDIDIKAN

Sekiranya anak anda masih belajar di universiti dan juga kolej, anda mampu menampung pembayaran yuran mereka menggunakan wang Akaun 2 KWSP sekiranya jika ada PTPTN tidak mencukupi dan lain-lain.

3) PEMBAYARAN IBADAH HAJI

Para bakal haji, boleh juga mengeluarkan wang simpanan pada Akaun dua untuk mengurangkan belanja atau bebanan kos.  Anda juga pasti boleh mengeluarkan wang tersebut melalui permohonan untuk perbelanjaan haji dan tujuan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji.

4) PEMBAYARAN RAWATAN PERUBATAN

Sekiranya anda menghidapi 36 penyakit kritikal, anda turut boleh mengeluarkan wang Akaun 2 untuk menampung kos perubatan atau alat-alat kesihatan seperti ubat atau lain-lain.

Baca juga : Golongan terjejas keluarkan KWSP, kini tiada caruman hari tua


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3