Hasil jualan automotif bagi Kumpulan UMW pada suku ketiga 2022 adalah yang tertinggi untuk tahun ini, dengan sebanyak 93,972 unit berbanding 89,183 unit pada suku kedua tahun sama. Kedua-dua UMW Toyota Motor (UMWT) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua mencatatkan jualan tinggi pada suku ketiga dan sebabkan tempahan tertunggak yang menggalakkan.
Disamping itu, bagi sembilan bulan pertama 2022, Kumpulan UMW menyerahkan 267,226 unit atau 62 peratus lebih tinggi berbanding 165,211 unit dicatatkan pada tempoh sama pada 2021. Jumlah untuk tempoh 2021 itu disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 1 Jun hingga 15 Ogos tahun lalu.
Sementara itu, UMWT akan meneruskan momentum untuk jualan tinggi pada September 2022 apabila menyerahkan 9,233 unit kenderaan, jumlah tertinggi pada 2022. Suku ketiga 2022 menunjukkan suku paling kukuh untuk UMWT apabila jualan automotif meningkat enam peratus kepada 24,961 unit berbanding 23,464 unit pada suku kedua 2022. Toyota Vios, Hilux, Corolla Cross dan Yaris model adalah paling terlaris.
Sumber: google image
Namun, setakat ini sehingga September 2022, UMWT mencatatkan jualan 70,872 unit, pertumbuhan 54 peratus berbanding 46,118 unit didaftarkan pada tempoh yang sama 2021. Untuk meningkatkan lagi tarikan terhadap barisan model kenderaannya, UMWT akan melancarkan Toyota Veloz serba baharu tidak lama lagi. Bagi menurut kenyataan sama, jualan Perodua pada September 2022 turun sedikit kepada 24,626 unit berbanding 26,039 unit yang didaftarkan pada Ogos 2022.
Walaubagaimanapun, hasil jualan pada suku ketiga 2022 itu juga yang tertinggi untuk Perodua, dengan mencatatkan pendaftaran sebanyak 69,011 unit, lima peratus lebih tinggi daripada 65,719 unit yang didaftarkan pada suku kedua 2022. Untuk sembilan bulan pertama 2022, jualan Perodua melonjak 65 peratus kepada 196,354 unit, berbanding 119,093 unit yang didaftarkan pada tempoh yang sama 2021. Perodua juga mencatat pengeluaran tertinggi pada September 2022 dengan 29,077 unit untuk menyokong permintaan kukuh terhadap model-model kenderaannya.