Mana Pergi Semua Ahli Politik Yang “So Called Pro Human Rights” Ni Semua? – TMJ


Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah mempersoalkan tindakan pemimpin politik dari pihak kerajaan ataupun pembangkang yang tidak mengambil apa-apa tindakkan tentang isu adik Bella.

Beliau berkata, perbuatan mendiamkan diri itu telah menjadi tanda tanya sama adakah mereka ada kaitan dengan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun.

“Berkenaan kes Bella. Mana pergi semua ahli politik yang ‘so called pro human rights’ ni semua? Senyap je.


“Ada apa-apa kaitan dengan Rumah Bonda ke?” katanya dalam Instagram miliknya.

Tunku Ismail turut persoalkam sama ada rumah jagaan itu terlibat dalam apa-apa aktiviti yang melanggar undang-undang negara apabila dilihat sangat kebal.

“Adakah beberapa rumah ini semua digunakan pihak-pihak tertentu untuk pengubahan wang haram dan pemerdagangan manusia? Dua-dua belah senyap,” soalnya lagi.


Beliau telah turut menamatkan posting berkenaan dengan tanda #justiceforbella.

Dimaklumkan terdapat dakwaan yang kononnya rumah kebajikan tersebut menjalankan kegiatan pemerdagangan bayi dan menyebarkan maklumat sulit penghuni di rumah tersebut kepada umum.

Maklumat sulit berkenaan dikatakan didedahkan oleh individu tidak bertanggungjawab yang juga merupakan bekas kakitangan rumah perlindungan tersebut.


Dikatakan lagi Rumah Bonda akan mengambil tindakkan undang-undang keatas individu yang telah menyebarkan maklumat sulit tentang rumah penjagaan tersebut.

Pada 19 April lalu, Tunku Ismail telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun bagi membincangkan soal pembelaan kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) Sindrom Down itu yang sedang dibicarakan di mahkamah ketika ini.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3