Resepi: Ikan Pari Bakar Bungkus Daun Pisang

Baca juga:

Bahan-Bahan Masakan:

Berikut adalah bahan-bahan untuk memasak:

Bahan 1: 3 ekor ikan pari saiz sedang.

Bahan 2: 2 biji bawang besar.

Bahan 3: 3 ulas bawang putih.

Bahan 4: 10 tangkai cili kering – buang biji dan rebus.

Bahan 5: 3 biji cili merah besar.

Bahan 6: 4 biji cili padi.

Bahan 7: Garam dan gula secukup rasa.

Bahan 8: Serbuk perasa.

Bahan 9: Asam keping.

Bahan 10: Daun limau purut – mayang halus.

Bahan 11: Daun kunyit – buang urat tengah & mayang halus.

Bahan 12: Daun pisang secukupnya.

Bahan 13: Aluminium foil secukupnya.

Cara Masak:

Berikut adalah langkah-langkah untuk menyediakannya:

Langkah 1: Cuci bersih ikan pari dan toskan airnya. Ketepikan.

Langkah 2: Kisar bawang besar, bawang putih, cili kering, cili merah besar dan cili padi hingga halus.

Langkah 3: Ambil kuali, panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sampai garing.

Langkah 4: Masukkan asam keping, garam, gula dan serbuk perasa dengan secukupnya.

Langkah 5: Masukkan juga hirisan daun limau purut dan daun kunyit. Sebatikan. Siap.

Langkah 6: Untuk membakar ikan, ambil aluminium foil, lapikkan daun pisang.

Langkah 7: Ambil sedikit sambal dan letak atas daun pisang. Letakkan ikan dan kemudian letak lagi sambal tadi.

Langkah 8: Balut aluminium foil dengan kemas dan bakar ikan hingga masak menggunakan pemanggang, ketuhar atau Air Fryer.

Hasilnya Hidangan:

Beginilah hasil akhirnya. Selamat berbuka puasa.

Kredit resipi & foto: Erma Azizie