Home » Isu Semasa » 21 Individu dikompaun RM125,000 Sambut Hari Jadi Ingkar SOP

21 Individu dikompaun RM125,000 Sambut Hari Jadi Ingkar SOP

Sejumlah 21 Individu dikompaun dengan jumlah RM125,000 selepas melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) kerana menyambut hari jadi di sebuah pusat ujian vokal di Jalan Yusuf Abdul Rahman hari Ahad yang lalu.

Serbuan yang dilakukan dibawah Op Noda yang bermula pada 10.30 malam itu dijalankan oleh sebuah pasukan anggota dan pegawai Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.

RM25,000 kompaun diberikan kepada Pengurus Premis, manakala individu-individu yang lain termasuk lima wanita berusi 16 hingga 62 tahun masing-masing diberikan kompaun RM5,000 kerana melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa ke-4.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

“Mereka turut berhibur sambil diiringi alunan muzik yang kuat serta membuat bising.

“Pengurus premis turut ditahan selain seorang pelanggan lelaki kerana menghalang petugas penjawat awam sementara GRO berkenaan masing-masing direman selama 14 hari bermula semalam sehingga 12 Disember,” katanya ketika sidang media di IPD Segamat, di sini, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan, Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 55B Akta Imigresen.

Disclaimers – Bahan artikel kami share dihalaman ini sekadar panduan dan rujukan yang berkaitan dengan “21 Individu dikompaun RM125,000 Sambut Hari Jadi Ingkar SOP” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!