175 Orang Terkandas Telah Selamat Dihantar Pulang .


Melalui satu laporan yang membabitkan seramai 184 individu yang terdiri daripada 175 pengunjung dan sembilan kakitangan, terperangkap di Suria Hot Spring Bentong lebih daripada 15 jam selepas air mula menenggelami kawasan berkenaan.

Nasib mereka menjadi tanda tanya selepas terputus hubungan dengan kali terakhir dapat dihubungi pada pukul 10 pagi (Ahad). apabila nekalan eletrik terputus dan lin e komunikasi tidak berfungsi dengan baik.

Itu telah merunsingkan pihak yang bertanggungjawab membantu dan juga ahli keluarga yang terlibat dalam bankir tersebut. Ianya mendapat liputan media dan juga hantaran di media sosial.

Namun setelah hampir 20 jam terkandas, akhirnya kesemua pengunjung yang terperangkap di Suria Hot Spring Bentong yang terletak di Pahang berjaya dibawa keluar daripada lokasi tersebut dengan selamat.

Melalui laporan yang diterima ,Ketua Pegawai Operasi, Suria Resorts & Hotels, Nor Dalina Khalil menyatakan sebahagian besar daripada 175 pengunjung berkenaan dibawa keluar menggunakan kereta oleh kakitangan resort tersebut pada mulanya.

Berpuluh trip menaiki kereta untuk menghantar pengunjung ke stesen minyak di Kampung Sungai Miak berhampiran Lebuhraya KL-Karak ketika air dah mula surut walaupun terdapat keluarga yang datang untuk mengambil keluarga sendiri.

Pihak resort bersyukur kerana kesemua yang terlibat berada dalam keadaan selamat cuma sudah keadaan mereka sangat  letih dan kelaparan. Namun pihak resort sudah mengaturkan makanan untuk mereka dengan pejabat majlis daerah dan resort lain yang berdekatan.

Kini kesemua mereka sudah selamat tiba di Stesen Sentral Kuala Lumpur kira-kira pukul 6.40 petang tadi. Ada juga waris datang ambil. Syukur semuanya sudah pulang ke destinasi masing-masing.

Jelas Puan Dalina lagi , eksemua sudah dihantar ketempat yang selamat tetapi hanya kereta mereka sahaja yang tersadai di resort berkenaan buat masa ini. Sempat berkongsi bahawa banyak kerosakan yang berlaku dan agak teruk akibat banjir yang berlaku. Banyak kemudahan yang rosak dan kos yang akan ditanggung memang agak besar untuk baikpulih.

Dia juga berharap agar oihak kerajaan tidak menutup mata dan meminggirkan industri yang diusahakan mereka kerana industri pelancongan sudah lama terkesan akibat Covid 19 daqn baru mula untuk menapak semual dan telah diuji dengan bencana pula.


Hanya berkongsi rasa sedih dan kecewa , dia tidak menolak takdir yang telah terjadi tetapi hanya ingin dibantu oleh pihak yang berwajib.

 

 

 

Penafian – Semua yang kami kongsikan diatas hanyalah panduan tutorial dan rujukan ringkasan artikel berkaitan dengan “175 Orang Terkandas Telah Selamat Dihantar Pulang .” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia