17 Pengeluaran Khas KWSP Untuk Semua Pencarum Yang Layak ~ Semak Kelayakan Anda Disini!

17 Pengeluaran Khas KWSP. Tahukah anda sebenarnya terdapat 17 Pengeluaran Khas KWSP dibenarkan untuk pencarum yang layak.

Malah, KWSP membenarkan pengeluaran penuh atau sebahagian simpanan untuk memenuhi keperluan tertentu berkaitan persaraan selaras dengan polisi KWSP sedia ada.

Terdapat 17 jenis pengeluaran separa yang boleh dibuat sebelum pengeluaran penuh pada usia 55 tahun bagi memudahkan ahli KWSP membuat persediaan untuk persaraan yang lebih selesa.

Berikut adalah 17 Pengeluaran Khas KWSP melalui Akaun 1 dan Akaun 2 yang dibenarkan.


1. Pengeluaran Umur 50 Tahun

Anda boleh membuat sekali sahaja pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2 apabila mencapai umur 50 tahun untuk digunakan sebagai persediaan untuk persaraan anda.

17 Pengeluaran Khas KWSP Untuk Semua Pencarum Yang Layak ~ Semak Kelayakan Anda Disini! 1

Syarat-syarat:

  • Berumur di antara 50 hingga sebelum mencapai umur 55 tahun
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
  • Boleh membuat sekali sahaja pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2

2. Pengeluaran Untuk Pendidikan

Ahli KWSP boleh membuat pengeluaran KWSP dari Akaun 2 untuk membantu membiayai pendidikan mereka sendiri atau anak-anak di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

Wang yang boleh dikeluarkan adalah berdasarkan jumlah yuran pengajian / baki pinjaman pendidikan ATAU semua simpanan dalam Akaun 2 (yang mana lebih rendah).

Ini termasuk yuran asrama dan penginapan serta penerbangan sehala untuk pelajar tahun pertama yang belajar di luar wilayah/luar negara

Syarat-syarat:

  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
  • Masih meneruskan atau telah menamatkan – pengajian peringkat diploma atau setaraf
  • Sedang belajar dalam Institusi Dalam Negara (sepenuh masa, separuh masa, program jarak jauh dan francais) ATAU Institusi Luar Negara (sepenuh masa)
  • Ahli/ Anak ahli yang berhenti/ gagal/ tidak tamat/ tarik diri dari pengajian dibenarkan

17 Pengeluaran Khas KWSP Untuk Semua Pencarum Yang Layak ~ Semak Kelayakan Anda Disini! 2

Baca juga : Cara Semakan BKM Status Bayaran Fasa 4 (Disember 2022) ~ Semak Kelayakan Anda Disini Sekarang !

Mohon juga : Kerajaan Setuju Beri Bantuan Khas Kewangan RM700 ‘one-off’: Ini Adalah Tarikh Pembayarannya ~ Semak Sini !!

Semak juga : Bantuan Barang Dapur RM300 Untuk Semua Rakyat | Mohon Sekarang!


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3