Home » Gosip Artis Malaysia » Nabila Razali Dipuji Semasa Menyanyi Live Di Meletop.

Nabila Razali Dipuji Semasa Menyanyi Live Di Meletop.

 

Baru – baru ini Nabila membuat hantaran di Ig miliknya tentang persembahan secara langsung di program hiburan MeleTOP pada malam Selasa lalu dan dipuji netizen yang menyifatkan nyanyiannya menunjukkan peningkatan dan semakin baik.

Rata-rata netizen dan peminat memberi sokongan dan memuji vokal Nabila yang sudah mantap dan sedap didengar secara live . Peminat nampaknya sudah berpuas hati dengan peningkatan suara Nabila.

Pada malam itu ,Nabila yang telah menyampaikan sebuah lagu daripada single terbarunya yang mana lagu tersebut sudah dimasukkan ke Youtube untuk tontonan dan telah mendapat sebanyak 114ribu tontonan hingga kini.

Lagu itu adalah single terbaru berjudul Putus hasil karyanya bersama komposer Singapura iaitu Irwin Purnama dan lirik video lagu tersebut sudah dilancarkan pada 13 November lalu.

Nabila yang turut mengakui dia telah mengikuti kelas vokal untuk memperbaiki suaranya , yang,mana hampir setiap hari dia menjalani latihan vokal dan juga menjaga suaranya.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Dia yang dididik oleh cikgu Shafiq Erwin bersyukur kerana pada malam dia menyanyi secara Live di Meletop tempoh hari, penonton mengakui terdapat perbezaannya pada vokalnya jadi dia yakin sudah menggunakan ilmu yang diajar dan telah mempraktikkannya semasa live.

Nabila juga merasa gembira dan lega apabila persembahan nyanyiannya menerusi lagu baru tersebut dapat dirasai dan disukai oleh penonton dan dia berjanji akan belajar vokal dengan lebih baik lagi bagi memuaskan hati para peminat yang menyokongnya.

Nabila yang sering tular dan menjadi perbualan para netizen setiap kali menyanyi secara live pernah ‘terkucil’ semasa sedang menyanyikan lagu Peluang Kedua di pentas Meletop pada tahun lepas.

Dia juga pernah dikritik hebat semasa Anugerah Muzik-Muzik walaupun dia membawakan lagunya sendiri sehingga terpaksa menukar penyanyi lain akibat tidak sihat semasa separuh akhir Juara Lagu.

Nabila mengakui masih lagi gugup dan tertekan semasa berada di atas pentas walaupun sudah kerap kali berada di pentas besar bersama penyanyi ternama namun masih berasa gugup hingga kini tetapi dia akan cuba melalui proses tersebut dengan sebaik mungkin.

Penafian – Semua artikel kami kongsikan diatas sekadar panduan tutorial dan ringkasan artikel related dengan “Nabila Razali Dipuji Semasa Menyanyi Live Di Meletop.” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!