Home » Isu Semasa » Kek Bulan Berlogo Halal dari Sabah Ada DNA Babi.

Kek Bulan Berlogo Halal dari Sabah Ada DNA Babi.

Kek bulan adalah salah satu makanan  salah sebuah kuih tradisional cina. Ia dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh .Kuih bulan biasanya pastri bulat atau segi empat tepat, dan mempunya tulisan diarats permukaan kuih. Kuih bulan mempunyai inti yang tebal dan selalunya dibuat daripada isi biji teratai dikelilingi pelbagai jenis perisa. Namun sekarang kuih bulan mempunyai banyak pilihan inti dan telah menjadi kegemaran semua bangasa di Malaysia malah terdapapat juga orang Melayu yang membuka bisnes kuih bulan dan mendapat sambutan ramai.

Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah mengesahkan terdapat produk makanan iaitu kek bulan keluaran sebuah syarikat yang beroperasi di Sabah adalah tidak halal kerana mengandungi asid    deoksiribonukleik iaitu (DNA) babi yang dikenal pasti di dalamnya.

Setiausaha MUIS, Ramlan Awang Ali, menjelaskan bahan itu terdapat di dalam kiuh bulan itu melalui keputusan ujian makmal daripada Jabatan Kimia Malaysia yang mana keputusan ujian telah menemukan DNA haiwan iaitu babi pada sampel kuih bulan keluaran syarikat berkenaan.

Pemeriksaan ini dilakukan apabila terdapat satu aduan mengenai isu halal bagi kuih bulan keluaran syarikat itu pada 16 September lalu dan ia disusuli pemeriksaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Sabah pada 23 September 2021.

MUIS yang menerima laporan secara bertulis pada 16 November lalu daripada JHEAINS bagi memanggil pihak syarikat berkenaan untuk datang ke Pejabat MUIS pada 19 November bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Selepas siasatan dijalanken, Majlis Ugama Islam Sabah telah mendapati bahawa sijil halal syarikat itu telah tamat tempoh pada 15 Mei dan syarikat itu telah mengakui kesilapan yang berlaku akibat luptnya tarikh untuk sijil halal.

Majlis Ugama Islam Sabah berpandangan bahawa syarikat berkenaan telah melakukan ketidakakuran syariah yang berkaitan dengan produk makanan kek bulan yang dkeluarkan oleh syarikat itu dan menyebabkan tindakan saman dan penutupan premis akan dilaksanakan.

Jelas Ramlan lagi, pihaknya memandang serius tentang pelanggaran yang telah terjadi dan ketidakakuran syariah serta bertentangan dengan dasar syarak dalam produk makanan yang mempunyai DNA babi.

Berikutan daripda aduan tersebut , MUIS telah mengambil tindakan dengan membekukan akuan permohonan pembaharuan syarikat ini dalam sistem MyeHalal dan menarik balik Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) syarikat ini.

Selepas penarikan balik Sijil Pengesahan Halal Malaysia ini menyebabkan syarikat telah dilarang sama sekali mengunakan SPHM dan logo Halal Malaysia untuk sebarang tujuan perniagaan, publisiti atau lain-lain di dalam atau di luar premis atas nama syarikat ini.

Pihak MUIS juga menasihatkan semua pihak yang mengunakan sijil dan logo halal Malaysia supaya menjaga kepentingan serta sensitiviti masyarakat Islam dalam memastikan makanan, produk atau barang gunaan yang dikeluarkan sentiasa patuh syariah dan tidak menimbulkan keraguan bagi pihak pengguna.

Sumber :dari berita harian

Penafian – Bahan artikel portalamalaysia share dihalaman ini hanyalah panduan tutorial dan ringkasan artikel related dengan “Kek Bulan Berlogo Halal dari Sabah Ada DNA Babi.” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes