Home » Uncategorized

6 Sebab Mengapa Perlu Kurangkan Terus Mengunyah Gula- Gula Getah.

Seperti yang kita sedia maklum bahawa gula – gula getah mempunyai banyak fungsi yang mana mampu melawan rasa mengantuk,dan membantu mengurangkan masalah mulut berbau serta membantu menurunkan berat badan.

Namun disebalik kehebatan dari mengunyah gula-gula getah ini , terdapat juga keburukan yang tidak dapat disangkal daripada kekerapan mengunyah gula-gula getah seperti:

1. Menaikkan keinginan untuk mengunyah makanan ringan.
Gula – gula getah yang dikunyah mampu mengurangkan rasa lapar pada seseorang seseorang daripada kelaparan dan mampu menjadi makanan untuk menjadi alas perut untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Namun melalui satu kajian dalam jurnal Eating Behavior malah telah menyatakan sebaliknya kerana melalui kajian mereka, gula-gula getah terutamanya perisa pudina akan mengurangkan pengambilan makanan sihat buah-buahan dan sayuran tetapi meningkatkan keinginan untuk makan makanan berkalori tinggi seperti kerepek ubi dan makanan manis.

Pengambilan gula- gula getah yang kerap mampu mengubah rasa dan membuatkan buah-buahan dan sayur-sayuran terasa pahit.

2. Masalah pada rahang

Aktiviti mengunyah berterusan dari semasa ke semasa akan menyebabkan ketidakselesaan pada rahang kerana perkara ini boleh menyebabkan gangguan sendi temporomandibular iaitu sendi yang menghubungkan rahang bawah atau rahang bawah ke tengkorak .

 

3. Pengambilan gula secara berlebihan

Kekerapan mengunyah gula-gula getah dalam kuantiti yang banyak secara tidak sedar akan mengakibatkan kandungan gula dalam badan akan berlebihan. Sebaiknya mengambil gula- gula getah tanpa gula.

4. Irritable bowel syndrome (IBS)

Mengunyah gula-gula getah jga boleh mencetuskan masalah pencernaan seperti IBS kerana udara berlebihan ditelan, menyumbang kepada sakit perut dan kembung. Malah pemanis atau pewarna tiruan seperti sorbitol dan mannitol boleh mencetuskan cirit-birit kepada orang yang sihat.

 

5. Kerosakan gigi

Kerosakkan pada gigi juga akan terjadi kerana mengunyah gula-gula getah ini sama seperti ‘mencuci’ gigi dengan gula, terutamanya jika anda kerap melakukannya yang mana menyebabkan kerosakan enamel gigi, menjadikan bakteria dalam mulut dan mencetuskan bau tidak menyenangkan dalam mulut.

 

6. Risiko tertelan merkuri

Risiko ini terjadi apabila individu mempunyai rongga gigi yang mempunyai tampalan berwarna perak terdiri daripada merkuri, perak dan plumbum pada gigi. Ini berlaku apabila sering mengunyah dan gigi yang ditampal tertanggal

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa gula-gula getah boleh memberi risiko untuk seseorang itu tertelan merkuri apabila tampalan tertanggal namun bole dikeluarkan melalui saluran usus lalu dicernakan.

Penafian – Semua artikel portalamalaysia share dihalaman ini sekadar tutorial dan ringkasan artikel related dengan “” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes