Home » Isu Semasa » “Kemasukan Pesakit Di Hospital Akan Meningkat Jika Ramai Tak Hadir Ambil Dos Penggalak Vaksin” Jelas Menteri Kesihatan.-KJ

“Kemasukan Pesakit Di Hospital Akan Meningkat Jika Ramai Tak Hadir Ambil Dos Penggalak Vaksin” Jelas Menteri Kesihatan.-KJ

Semalam, Menteri Kesihatan Malaysia iaitu Khairy Jamaluddin ada memaklumkan terdapat kira-kira lebih 40 peratus individu yang telah mendapatkan temu janji untuk dos penggalak vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 (PICK) tidak menghadirkan diri untuk mengambil suntikan tersebut menerusi akaun rasmi Twitternya baru-baru ini.

Program suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 telah bermula sejak 13 Ogos lalu di seluruh negara yang mana ianya untuk individu yang sudah lengkap divaksin bagi memastikan imuniti serta mengekalkannya untuk tempoh masa yang lama.

Buat masa ini Malaysia dikatakan dalam peratus jangkitan yang masih rendah dan didalam kawalan dari Kemeterian Kesihatan Malaysia.Pengurangan penularan ini terjadi selepas ramai rakyat Malaysia yang sudah lengkap pengambilan suntikan vaksin. Dikatakan pengambilan booster akan memberi impak yang lebih baik pada kesihatan setiap individu.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Jika pengambilan dos penggalak terutamanya dari kalangan golongan berusia terus-menerus rendah, kebarangkalian untuk jumlah kemasukan ke dalam hospital akan meningkat dengan laju.

Menteri Kesihatan iaitu Khairy Jamaluddin atau lebih mesra dikenali sebagai KJ turut menasihati orang ramai untuk pergi mengambil dos penggalak vaksin jika menerima temu janji yang telah ditetapkan bagi mengurangkan penularan wabak ini. Yang penting tetap patuhi SOP jika di tempat awam dan jaga kesihatan diri dan keleuarga anda. Jangan terlalu ghairah bercuti kerana kita masih lagu melawan virus Covid-19.

Disclaimers – Bahan yang kami kongsikan diatas merupakan panduan tutorial dan rujukan artikel related dengan ““Kemasukan Pesakit Di Hospital Akan Meningkat Jika Ramai Tak Hadir Ambil Dos Penggalak Vaksin” Jelas Menteri Kesihatan.-KJ” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!