Sebuah video berdurasi 15 saat telah tular di media sosial, dimana seorang pelajar telah dibelasah beramai-ramai setelah berlaku pertelingkahan diantara mereka.
Kejadian buli tersebut telah berlaku kira-kira jam 9 pagi 27 April 2022 di dalam sebuah kelas di sekolah SMK Tunku Putra, Langkawi.
Satu laporan Polis telah dibuat oleh mangsa yang berumur 16 tahun pagi tadi. Punca kejadian dipercayai akibat perselisihan faham.
Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari yang mengesahkan kejadian berkata susulan itu seorang pelajar lelaki tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi hari ini, mendakwa dipukul oleh beberapa pelajar lain.
Di khabarkan seramai 14 orang pelajar tingkatan 4 telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan.
Jelas Shariman, tangkapan dilakukan antara 12.30 tengahari sehingga 3 petang semalam membabitkan beberapa lokasi termasuk sekolah dan kediaman pelajar
Setakat ini 14 orang pelajar didapati terlibat di dalam insiden tersebut. 5 dari pelajar tersebut adalah rakan sekelas mangsa manakala 9 yang lain adalah dari kelas yang berbeza.
Mangsa kejadian buli ini telah dirujuk ke Hospital Sultanah Maliha setalah selesai membuat laporan polis.