12 Perkara Yang Perlu Isteri perlu tahu berkaitan harta


Sebagai seorang isteri yang bertanggungjawab, anda perlu ambil tahu tentang harta peninggalan jika suami meninggal dan ilmu dalam pembahagian harta untuk mengelakkan perselisihan faham di antara keluarga yang lain.

Dibawah ialah perkongsian tentang perkara yang isteri perlu ambil tahu dalam pembahagian harta pusaka suami berdasarkan dari Majlis Agama Islam Selangor :

12 Perkara Yang Perlu Isteri perlu tahu berkaitan harta 1

0️⃣1️⃣Jika suami meninggal dunia dan meninggalkan harta tanpa membuat wasiat atau tanpa menghibahkan hartanya semasa hidup, maka semua harta-harta yang halal yang ditinggalkan adalah merupakan harta pusaka yang akan diwarisi oleh isteri dan waris-waris lain mengikut hukum faraid.

0️⃣2️⃣Jika suami meninggal dunia meninggalkan anak lelaki, anak perempuan, ibu dan bapa, maka mereka juga adalah waris-waris yang berhak mewarisi harta pusaka arwah suami selain daripada isteri.

0️⃣3️⃣Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan, bapa dan adik-beradik, maka waris yang berhak ke atas harta pusaka arwah suami adalah isteri, anak perempuan dan bapa sahaja. Adik-beradik arwah suami tidak berhak.

0️⃣4️⃣Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan dan adik beradik, maka semua itu adalah merupakan waris-waris yang layak mewarisi harta pusaka arwah suami.

0️⃣5️⃣Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan berumur 8 tahun dan anak lelaki berumur 2 hari, maka adik-beradik arwah suami tidak berhak ke atas harta pusaka arwah suami walaupun anak lelaki tersebut baru berumur 2 hari.

0️⃣6️⃣Jika suami meninggal dunia dan 2 hari sebelum itu telah menceraikan isterinya dengan perceraian secara talaq satu, maka isteri tersebut masih lagi berhak ke atas harta pusaka arwah suaminya.

0️⃣7️⃣Jika suami meninggal dunia sebaik sahaja selepas akad nikah dengan isterinya, isterinya tetap berhak ke atas harta pusaka arwah suaminya.

0️⃣8️⃣Jika suami sebelum meninggal dunia menyatakan mengharamkan harta-hartanya diwarisi oleh isteri dan kemudiannya meninggal dunia, isteri tersebut tetap berhak mewarisi harta pusaka arwah suaminya.

0️⃣9️⃣Jika suami meninggal dunia meninggalkan harta yang berkongsi bahagian dengan isteri, bahagian yang dimiliki oleh arwah suami merupakan harta pusaka yang perlu dibahagikan kepada waris-waris termasuk isteri mengikut hukum faraid.

1️⃣0️⃣Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri sebagai penama kepada simpanan KWSP, Tabung Haji, Takaful atau seumpamanya, maka isteri hendaklah bertindak sebagai pentadbir untuk membahagikan wang-wang tersebut kepada dirinya dan waris-waris lain yang berhak mengikut hukum faraid.

1️⃣1️⃣Jika suami meninggal dunia namun harta yang ditinggalkan merupakan harta yang dipinjam, harta yang diamanahkan, harta yang telah diwakafkan, harta yang telah dihibahkan atau harta yang telah dijual, harta-harta tersebut bukan merupakan harta pusaka yang layak diwarisi oleh isteri.

1️⃣2️⃣Harta pusaka arwah suami yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan dengan isteri boleh dituntut oleh isteri sebagai harta sepencarian melalui Mahkamah Syariah.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda terutamanya para isteri kerana ilmu ini amatlah penting agar tidak berlaku sebarang peselisihan faham di antara keluarga dalam pembahagiaan harta suami.

Melalui perkongsian ini harapnya ia memberi kesedaran kepada wanita dan ahli keluarga yang lain tentang hak isteri selepas kematian suami.

Sumber : Majlis Agama Islam Selangor


Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3