11 Tips Menghadapi Musim Banjir.
Malaysia sudah menunjukkan ankgkat banjir di banyak kawasan di sekitar Lembah klang , Pahang, Perak, Melaka dan banyak lagi.
Setakat ini jumlah kematian dilaporkan seramai 2 orang dan dikatakan terdapat lagi kematian yang belum mendapat pengesahan daripada pihak berkaitan.
Dan semua penduduk yang terlibat telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementra di kawasan yang berdekatan dengan kawasan banjir malah pihak bomba dan penyelamat masih menjalankan operasi menyelamat ke kawasan yang masih dalam keadaan teruk.
Disini dikongsiakn maklumat penting sebagai persediaan untuk menghadapi keadaan banjir di kawasan anda.
1. Sentiasa melihat dan mendengar tentang update terkini di media sosial lalu kenalpasti kawasan yang berisiko dilanda banjir di kawasan anda.
2. Menyemak polisi insurans anda, sama ada ia akan cover kerugian akibat bencana banjir atau tidqak sebagai langkah berjaga-jaga.
3. Segera menyelamatkan dan menyimpan segala dokumen penting seperti surat beranak, passsport, geran tanah, polisi insurandan dokumen berharga di peti simpanan selamat dan kalis air.Pastikan juga disimpan ditempat yang tinggi dan selamat.
4. Segera asingkan dan menyediakan kit persediaan banjir seperti kad pengenalan, bekalan ubat, air minuman, makanan dalam tin, baju hujan, bateri dan keperluan anak agar anak tidak terlalu meragam semasa kejadian banjir berlaku,
5. Cari dan ambil tahu mengenai Pusat Pemindahan Sementara dan kawasan selamat jika diarahkan berpindah dari kediaman sendiri. Jangan degil jika diarahkan ke Pusat Pemindahan kerana anda akan menyusahkan penyelamat.
6. Segera pindahkan harta benda ke tempat yang lebih tinggi di dalam rumah seperti di loteng atau atas almari untuk mengelakkan kerosakkan banyak barang yang mahal dan berguna.
7. Pastikan sentiasa mengikuti perkembangan terkini amaran banjir. Banjir boleh berlaku dalam tempoh beberapa jam malahan dalam beberapa minit juga tidak mustahil malah ada tempat yang tidak banjir tetapi tiba -tiba banjir apabila hujan mula turun dengan lebatnya.
8. Sentiasa berwaspada apabila amaran banjir dikeluarkan supaya tiada kemalangan jiwa berlaku dan memudahkan pasukan penyelamat yang bertugas.9. Ambil inisiatif untuk mendengar radio tempatan dan menonton siaran televisyen atau media sosial lain seperti Ig atau Facebook untuk mendapatkan maklumat terkini apabila amaran banjir telah dikeluarkan.
10. Pastikan anak- anak tidak bermain dengan air banjir dan elakkan diri daripada berjalan kaki di kawasan air banjir yang sedang melimpah kerana bimbang terjadi kecelakaan ketika masuk kedalam air kerana air yang tidak semestinya tiada buaya.
11. Pastikan anda meninggalkan kereta dengan segera jika enjin kereta anda mati atau tersekat semasa meredah air banjir kerana keadaan banjir mungkin membuatkan kereta dibawa arus kuat dan ia membahayakan nyawa anda.