10 Snek Terbaik Untuk Diet Tanpa Perlu Berlapar


Diet bukanlah sekadar menahan lapar seharian tetapi perlu mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat untuk tubuh badan agar tidak mengalami tekanan dan kekurang nutrisi sehingga menyebabkan penyakit.

Kekerapan makan bukanlah penyebab kepada kegemukkan namun sebenarnya mengambuil makanan lebih kerap dalam kuantiti yang sedikit adalah lebig bagus, Kekerapan mengambil makanan adalah untuk membuatkan perut sentiasa kenyang dan tidak perlu menahan rasa lapar seharian sehingga menjadikan diet sebagai satu kesengsaraan.

BACA INI : Cara Kurangkan Kalori Dalam Nasi

Pengambilan makanan yang seimbang dan snek ringan yang berkhasiat mampu membuatkan perut sentiasa kenyang dan selesa untuk melakukan aktiviti harian tanpa keraguan.

Salah satu jenis makanan yang terbaik sebagai kudapan ialah makanan kering. Walaupun telah mengalami proses pengeringan namun khasiatnya masih tetap tersimpan baik. Ini senarai snek keriang yang berkhasiat dan membuatkan perut kenyang.

Snek Berkhasiat


Kismis
Buah anggur yang telah dikeringkan mempunyaisumber zat besi yang paling baik untuk tubuh. Kandungan seratnya sama ada yang larut ataupun tidak larut dapat membantu sistem penghadaman dan juga mengurangkan kolesterol dalam badan.

Kacang Pistachio
Kacang pistachio ini mengandungi karbohidrat, zat besi, magnesium, potassium, thiamin, vitamin B6, vitamin A dan beta karotena. Khasiat yang terkandung di dalamnya turut memberikan manfaat pada tubuh di mana ia dapat membantu tubuh mengawal hipertensi dan memperkuatkan daya kekuatan mental untuk mengawal tekanan.

Kacang badam
Kacang badam adalah di antara kekacang yang bertindak sebagai bahan antioksidan. Ia juga kaya dengan kandungan magnesium, fosforus, riboflavin, Vitamin E, phytosterol dan beta-sitosterol.

Kacang hazel
Pengambilan kacang hazel dalam diet adalah sangat baik bagi membantu kelancaran sistem pencernaan. Antara nutrisi yang dibekalkan oleh kacang hazel adalah seperti thiamin, magnesium, beta-sitosterol, dan phytosterol.

Kurma
Kurma pula mengandungi karbohidrat yang mana tiga biji kurma mampu memberikan potassium yang tinggi kepada tubuh dan hanya mempunyai 96 kalori sahaja.

Aprikot kering
Buah ini mengandungi zat besi, potassium, beta karotena dan serat yang sangat tinggi.

Walnut
Mengandungi magnesium, fosforus, beta karotena, linoleic acid, dan phytosterosis. Kacang walnut dikatakan dapat membantu mengurangkan gejala darah beku selain berperanan dalam mengurangkan rasa kegatalan atau radang pada kulit.

Prun
Ia amat kaya dengan serat, potassium dan antioksida. Lima biji buah prum adalah bersamaan dengan 100 kalori sahaja.

Kacang gajus
Ia kaya dengan kandungan protein, karbohidrat, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin K dan phystosterol. Ia bermanfaat sebagai bahan antiseptik iaitu melindungi tubuh dari serangan virus dan kuman.

Kacang Brazil
Kaya dengan khasiat magnesium, fosforus, zat besi, zink, selenium, thiamin, dan Vitamin E. Kacang brazil ini merupakan di antara sumber terbaik bagi penghidap anemia.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3