Kenapa Internet Anda Lembap? 10 Cara Lajukan Line Internet


10 Cara Lajukan Line Internet

Bila nak cepat, ada je masalah Internet ni kan? Lembapnya cukup mencabar kesabaran.

1) Jangan pakai Unifi, lembap

Patut lah slow, rupanya anda guna Unifi Lite (copper, streamyx) atau pakai Unifi Air (cellular). Teknologi copper & cellular memang tidak laju/stabil.

Cara atasi: Sila pakai fibre internet. Tak kiralah syarikat telekomunikasi (telco) apa pun, fibre mesti lebih baik, laju & stabil.

2) “Bila Malam mesti slow, Unifi sekat speed”

Traffic jam itu pada router anda. Router basic tak mampu untuk layan banyak device

Cara atasi: Sila Guna router WIFI6 processor yang kuat

  • TP Link AX20 – https://shp.ee/wttid2j
  • Huawei AX3 Quad Core – https://shp.ee/f6cq2sj
  • ASUS AX55

3) “Saya dah pakai fibre tapi internet masih lagi slow”

Rupanya anda pakai laptop lama yang low spec. Laptop RAM tidak cukup, buka chrome 2-3 tabs pun dah semput.

  • Cara atasi: Boleh naik taraf komputer anda, boleh tambah RAM atau upgrade wifi receiver, atau belilah komputer baru.

4)”Saya bayar pakej 300mbps tapi kat PC dapat 50mbps saja”

PC Master race, CPU power, GPU ganas. RGB tomyam. Tapi WIFI adapter pakai USB noob je.

  • Cara atasi: Pakai PCIE wifi adapter WIFI6. Lagi kuat untuk tarik signal.

5) “Saya pakai fibre tapi signal tidak kuat lah”

Rupanya rumah dia besar dua tingkat dan banyak dinding. Router yang ada tak cukup nak cover satu rumah itu.

  • Cara atasi: Pakailah mesh system untuk cover seluruh rumah anda.
  • Deco X20 – https://shp.ee/sk72w73
  • ASUS DX4

6) “Saya dah pakai fibre tapi main game masih lagi slow”

Rupanya main game server EU atau North America.

  • Cara atasi: Sila tukar server asia. Put tank in a mall!

7). “Saya pakej 300mbps, download movie tak dapat pun speed itu.”

300 megaBITS per second & 300 megaBYTES per second tak sama unit. Download speed juga bergantung kepada speed server. Torrent memanglah slow.

  • Cara atasi: guna speedtest atau http://fast.com, tengok berapa megabits

8) “Saya pakai xiomi repeater, signal je kuat tapi slow”

Repeater tolong kuatkan signal je. Tapi speed memang half. Better pakai mesh. Rujuk tweet pasal mesh atas tadi.

9) “Saya pakai mesh Deco M4 telco bagi, slow juga”

Itu WIFI5. Telco bagi router noob. Belilah router sendiri , kena keluar duit sikit.

Sudah 2021, boleh pakai WIFI6. Signal satu router WIFI6 dan lagi jauh dari WIFI5

10) “Saya nak wifi laju tapi saya takde duit nak upgrade router”

Pakai kabel LAN. Pandai-pandailah pasang wayar panjang-panjang di dinding.

  • Kabel branded: https://shp.ee/s9ycaxf
  • Kabel tidak ada brand boleh juga digunakan.

Dah tau kenapa WIFI slow? Jangan lupa cara diatas.

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda!

Sumber: [email protected]




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3